Manjakan diri anda dengan manisan Buttercup

Menjelang bulan Ramadhan, Buttercup membawa bakeri bergerak ke 6 lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur. Bakeri bergerak ini berjaya menarik minat ramai pelanggan disekitar kompleks membeli belah dan bangunan pejabat pada waktu makan tengahari dan waktu pulang dari kerja.

Dalam masa 3 minggu, bakeri bergerak tersebut telah menarik minat lebih dari 4,300 pelanggan yang dapat merasa keenakan kuih-muih yang diperbuat dengan menggunakan Buttercup, selain mengambil bahagian dalam permainan yang diadakan. Mereka juga menerima risalah resipi untuk membuat kek yang cantik yang dipamerkan di bakeri bergerak tersebut.