Pai Telur

Prep
Time
20 min
Cook
Time
60 min
Ramuan
Pie
250g Buttercup (sejuk)
320g Tepung serbaguna
2 ½ sudu besar Gula kastor
Garam
Air sejuk
---
Kastard
3 biji Telur (gred A)
1 biji Telur (gred A – diasingkan kuning dan putih telur)
1 tin Susu cair
1 cawan Gula halus
1 sudu teh Esen vanila
Kismis hitam
Arahan
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C.
2. Potong dadu Buttercup dan gaul rata bersama tepung, garam dan gula kastor sehingga adunan terasa halus. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh diuli (tidak melekat).
3. Balut adunan dalam plastik pembalut dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Panaskan susu cair di dalam kuali sehingga hampir menggelegak (buih-buih halus timbul di bahagian tepi) dan ketepikan.
5. Untuk membuat kastard, pukul 3 biji telur dan 1 biji kuning telur dan masukkan gula dan esen vanila. Pukul lagi dan masukkan susu cair.
6. Pukul putih telur yang telah diasingkan tadi sehingga kembang bertanduk (‘soft peak’). Masukkannya ke dalam adunan telur tadi dengan menggunakan spatula atau senduk kayu.
7. Uli doh yang telah disejukkan tadi dan bentukkan di dalam acuan pai. Taburkan kismis di atasnya dan kemudian masukkan kastard.
8. Bakar pada suhu 170°C selama 15 minit dan kemudian turunkan suhu kepada 160°C dan bakar selama 40 minit.